Apple Credit Card

banner

button

Monday 22 August 2011

SPM dan CINTA karya aztif

 Pada pagi yang hening,aku seperti biasa bersiap-siap untuk ke sekolah. mamaku mengejutkanku dari lena pada pukul 5.00 pagi.aku mengambil tualaku dan segera membersihkan diriku.segala pakaian telah mama sediakan pada waktu malam.disebabkan aku anak bongsu.jadi aku sangat manja dengan mamaku.aku memakai pakaian sekolahku dan bersarapan di dapur.sedang aku menikmati sarapan aku,van sudah pun tiba.aku cepat-cepat menyarungkan stokinku dan berlari menaiki van.hari ini adalah hari pertama peperiksaan SPM ku.jadi aku meminta maaf dari mamaku sebelum aku pergi ke sekolah.

 Di sekolah.aku berjumpa dengan rakan-rakan akrabku iaitu Jay dan juga Mia.aku sangat rapat dengan mereka kerana merekalah yang memahami sikap serta perangaiku.Jay dan Mia mengajakku untuk membaca buku seketika untuk kali terakhir sebelum memasuki dewan peperiksaan.hari ini adalah peperiksaan kertas bahasa melayu.Mia membelek buku komsas kepunyaan kakaknya.manakala Jay membaca buku karangan yang dibelinya.aku pula membaca buku latihan yang diberikan oleh cikgu.tidak lama kemudian''kriinnng'',''semua calon spm diminta masuk ke dewan peperiksaan sekarang,terima kasih''kami memandang antara satu sama lain.semua pelajar membuat barisan dan bergerak ke dewan peperiksaan.
 Apabila melangkah masuk ke dewan peperiksaan,hatiku berdebar.seperti sedang menonton filem seram.aku menguatkan semangatku dan terus ke tempat dudukku.''Anda boleh mula menjawab soalan sekarang''.tiba-tiba aku teringat pesan ibuku supaya membaca al-fatihah sebelum menjawab soalan.aku membaca al-fatihah dan terus menjawab soalan tersebut.tergaru-garu aku melihat calon di sebelah tempat dudukku.mungkin dia runsing untuk menjawab soalan tersebut.aku memandag kertasku dan terus menjawab.agak lenguh tanganku menjawab soalan bahasa melayu yang memerlukan penulisan yang banyak.''peperiksaan tamat sekarang''.
 Aku menghantar kertasku dan mengemas segala peralatan tulisku dan beredar dari dewan peperiksaan dengan perasaan gundah.aq terus menuju ke arah Mia yang kelihatan sedang mencari sesuatu.Mia seolah-olah sedang mencari Jay.Mia atau nama sebenarnye Miasara adalah buah hati kepada Jay.mereka sudah lama berpasangan cuma tidak diketahui ramai.maklumlah,mereka tidak mahu ada fitnah yang dilemparkan kepada mereka.Mia juga mempunyai rupa paras yang cantik dan juga menjadi idaman lelaki lain.cuma Jay saja yang bertuah kerana dia sudah memiliki Mia.tiba-tiba jebat lari ke arahku.sambil tercungap-cungap 'Jay ! ,Jay!'.Dia dimasukkan ke hospital, pengsan sebelum memasuki dewan peperiksaan.tanpa memikir panjang aku menarik tangan mia dan membawanya ke hospital.

  TIba di hospital aku berjumpa dengan jururawat dan menanyakan dimanakah wad Jay ditempatkan.aku berlari ke wad 7 dan melihat Jay sedang menggunakan tangki oksigen untuk bernafas.kelihatan ibunya berada di sisi Jay.Jay dalam keadaan sedar.dia tersenyum ke arah Mia.Mia hanya senyum sambil menitiskan air mata.kerana bimbang akan keadaan Jay.Ibu Jay menjelaskan bahawa Jay menghidap penyakit barah otak yang sangat kritikal.dalam fikiranku ,patutlah Jay pengsan sebelum memasuki dewan peperiksaan.ibu Jay menyatakan Jay sudah tidak boleh diselamatkan,hanya menunggu ajal dan maut memanggilnya.Mia yang mulanya hanya menitiskan air mata kini berlari ke luar kerana tidak tahan akan musibah yang menimpa ke atas kekasihnya Jay.
 Jay seolah-olah memanggilku.aku rapatkan telingaku dan mendengar apa yang dicakap oleh dia.''amir,lepas ni aku sudah tidak ada di dunia ni,tiada siapa lagi yang akan boleh menyayangi mia.boleh kau tolong aku? lepas aku mati,aku nak kau dengan mia bersama.aku akan mendoakan semoga kau bahagia dengannye.menitis air mataku mendengar kata-kata Jay.begitu mendalam cinta Jay terhadap Mia.hanya tuhan saja yang tahu.ajalnya tidak lama.selepas saja dia bercakap dia menghembuskan nafas yang terakhir.Mia yang di luar bergegas ke dalam wad semula dan memeluk Jay dengan sangat erat.betapa eratnya cinta Mia terhadap Jay.ibu Jay menenangkan Mia.Mia kemudian memeluk ibu Jay.aku pula menutup muka jenazah dengan selimut.innalilah.

 Jay tidak sempat untuk menduduki peperiksaan SPM tetapi dia hanya sempat untuk menduduki hati Mia.tangisan Mia semakin kuat.sangat menyedihkan.keesokan harinya,jenazah Jay selamat dikebumikan.bacaan talkin menyedarkan diriku bahawa ajal tidak mengira usia.hari ni aku tiada peperiksaan.Mia juga hadir untuk menyaksikan jenazah dikebumikan.semoga jenazah dirahmati allah dan diletakkan dalam golongan orang beriman.aku kehilangan seorang kawan yang sangat baik dan memahami diriku.tetapi Mia mengalami kehilangan yang sangat besar.mereka bercita-cita untuk berkahwin.tetapi ajal yang menjadi penghalang.mungkin ada hikmah di sebalik SPM dan CINTA.al fatihah.